Cina

Makanan Tradisional Kaum Cina.

CHAR KWAY TEOW



Bahan-bahan ( 2 orang ):

  • * UTK PASTE *
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap pekat
  • 3 sudu kicap manis
  • 2 pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sudu garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu)
  • 1 sudu gula
  • * UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara penyediaan:

  1. UTK PASTE- Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang.
  2. Campurkan semua bahan untuk paste dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yang agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam peti sejuk.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4 sudu paste tadi. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya char kway teow agak berkuah. Dengan itu letak sikit air dalam 1/2 cawan.
  4. Air didih masukkan kway teow, kucai, taugeh dan kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak char kway teow ini dalam 3-4 min sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.
    

   Char kway teow merupakan hidangan mi yang paling terkenal di Malaysia.Ia digoreng diatas api yang kuat dan panas dengan kicap,sos cili,telur,udang,kerang,
taugeh dan kucai Cina. Bagi kaum Cina, char kway teow mestilah digoreng dengan lemak daging untuk memastikan kewangian makanan tersebut.Char kway teow membekalkan nutrien dan tenaga yang mencukupi kepada seseorang individu.Makanan tradisional ini amat murah dan harganya berpatutan. Makanan ini juga boleh didapati di mana-mana restoran cina ataupun di pasar malam.


   Char kway teow yang paling terkenal di Malaysia ialah Penang Char Kway Teow. Semua orang dari pelbagai tempat sering mengunjungi Penang untuk merasai keenakan dan kelazatan makanan tradisional ini.Char kway teow juga amat terkenal di negara lain. Contohnya, negara Brunei,Singapura dan Indonesia. Char kway teow ialah makanan tradisional yang paling terkenal dalam kalangan kaum Cina dan disukai orang ramai.




DIM SUM





Resipi Dim Sum
Siew Mai

Bahan-bahan:

Kulit-beberapa helaian kulit dumpling/wantan        (berbentuk bulat)
  1. 150 gram udang, kupas, potong kecil bentuk dadu
  2. 200 gram daging ayam, cincang
  3. 1/2 batang daun bawang, cincang
  4. 3 sudu makan water chesnut/bengkuang,
  5. cincang 1 biji telur
  6. 2 sudu makan tepung maizena
  7. 1 sudu makan air kunyit
  8. 1/8 sudu teh serbuk kunyit
  9. 1 sudu teh gula pasir
  10. 1 1/2 sudu teh garam
  11. 1 sudu makan kicap masin
  12. 1 sudu teh minyak bijan
  13. 1 sudu makan air
  14. 1 sudu makan minyak
Cara penyediaan:
Isi:
  1. Campur semua bahan, gaul dengan tangan dalam gerakan satu arah sampai rata dan melekit selama 4 minit.
  2. Ambil sehelai kulit wantan, letakkan 2 sudu teh adunan isi di bahagian tengahnya, genggam dengan tangan dan ratakan permukaannya.
  3. Ulang cara 1 dan 2 hingga bahan habis.
  4. Panaskan air dalam panci kukus hingga mendidih.
  5. Masukkan siew may dalam kuali, kukus sehingga masak selama 15 minit dan angkat.
  6. Biasanya siew mai disajikan bersama-sama dengan sos cili.
    Siew mai mempunyai banyak nama lain seperti shao mai, shuu mai, sui mai, siew may, sio may dan lain-lain lagi. Maksud siew mai ialah untuk memasak dan menjual. Siew mai juga mempunyai pelbagai jenis. Contohnya, shao mai Huhhot(Mongolia), Siu mai Cantonese, Sio may Indonesia, Shuu mai Jepun dan sebagainya. Setiap jenis siew mai mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.



Di restoran-restoran Cina yang menjual Dim Sum sebagai sarapan pagi, ini merupakan cara makanan tradisional tersebut dihidangkan kepada pelanggannya.
  


Dim sum bukan sahaja makanan kukus tetapi ia juga merangkumi makanan-makanan yang digoreng seperti gambar yang ditunjukkan diatas. Terdapat juga pelbagai roti atau bun kecil yang dihidangkan.
Makanan tradisional ini ialah nasi pulut yang terkenal dalam kalangan kaum Cina.Nasi pulut ini disukai oleh orang ramai di seluruh negara.


Resipi Nasi Pulut Cina
Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras pulut
  • 300gm Ayam tanpa tulang (dihiris nipis)
  • 1 gengam tangan udang kering (dicuci)
  • 4-5 cendawan shiitake kering(direndam dan dihiris secara nipis)
  • Bahan-bahan A
  • *2cm halia (*dikisar)
  • *1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil gula halus
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • ½ sudu besar sos tiram
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung (yang berwarna putih)
  • Bahan-bahan B
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 biji bawang merah kecil (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • *1 sudu besar kicap hitam
  • *1 sudu besar sos tiram
  • *½ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • *½ sudu besar minyak bijan
  • *Serbuk lada putih secukupnya

Cara penyediaan: 

  1. Persediaan awal:Pulut direndam dalam air selama 3-4 jam. Ayam dihiris dan diperap degan bahan-bahan A sekurang-kurangnya ½ jam (simpan dalam peti sejuk).
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang, masukkan udang kering dan cendawan. Goreng sampai nampak kering.
  3. Masukkan pulut (tanpa air) dan goreng untuk 1-2 minit. Masukkan semua bahan-bahan B* dan kacau sehingga rata. Matikan api.
  4. Lapis 6 mangkuk kecil dengan 4-5 hirisan ayam yang diperap, isikan nasi pulut tadi 3/4 penuh. 
  5. Kukus selama 30 minit atau sampai masak. Padamkan api dan biar nasi dalam kuali ke steamer untuk 5-10 minit. Kalau terus keluarkan lepas kukus, permukaannya akan jadi kering.
  6. Terbalikan nasi pulut ke atas pinggan dan hiaskan dengan hirisan chili jika suka. Sedap juga dimakan dengan chili sos yg pedas.

Ini merupakan chee cheong fun. Ia juga salah satu makanan tradisional Dim Sum. Chee cheong fun diliputi dengan kicap dan cili. Terdapat juga udang dalam chee cheong fun.



Makanan ini ialah siew pau. Siew pau mempunyai 2 jenis iaitu siew pau besar dan siew pau kecil. Bahan-bahan dalam kedua-dua siew pau adalah hampir sama dan cara memasak ialah mengukus. Cara siew pau dihidangkan amat istimewa iaitu dalam bekas buluh.

2 comments:

  1. sedap2..suka sgt char kway teow...tp xreti bt..blh cuba bt lpas ni..lawat http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi resepi .Nak buat sos dim sum macam mane?

    ReplyDelete