Pengambilan lemak perlulah dikurangkan kerana akan menyebabkan kegemukan.
Makanan berprotein baik untuk tumbesaran, baik untuk menguat tulang dan gigi.
Perlu banyakkan memakan buah-buahan dan sayur- sayuran kerana makanan ini mengandungi fiber yang tinggi.
Makanan berkarbohidrat memberi tenaga kepada manusia untuk menjalankan aktiviti harian.
Selain makanan, kita perlu minum lapan gelas air sehari. Air akan meredakan suhu badan manusia, penghantar semua zat dalam tubuh, meningkatkan efisiensi sel darah merah menangkap oksigen di paru-paru serta membersihkan buangan racun dari berbagai bagian tubuh dan membawanya ke hati dan ginjal untuk dibuang.
Rumusan
Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi zat, vitamin dan mineral yang mencukupi. Kita juga mesti minum air sekurang- kurangnya lapan gelas sehari.
No comments:
Post a Comment